Kerjaya Sebagai Akauntan ?
Akauntan merancang, mengatur, dan mentadbir sistem perakaunan bagi pertubuhan, syarikat serta individu. Sesetengah pekerjaan yang dikelaskan di sini memeriksa dan menganalisis rekod perakaunan dan kewangan bagi pertubuhan, syarikat serta individu untuk memastikan ketepatan dan pematuhan standard dan prosedur yang ditetapkan.
Ketika berada di bangku sekolah, saya pasti ramai yang teringin menjadi Akauntan. Maklumlah, matematik merupakan satu subjek yang paling istimewa berbanding subjek-subjek yang lain di sekolah. Tetapi adakah salah jika kita memilih kerjaya sebagai akauntan ?
Akauntan adalah merupakan bidang yang penting. Ia merupakan kerjaya tertua di dunia. Setiap syarikat memerlukan akauntan untuk menguruskan hal-hal kewangan. Tanpa akauntan, pasti kucar-kacir susunan modal dan untuk sesebuah syarikat itu.
Tetapi, buat masa sekarang, adakah masih laku jika kita hanya mempunyai Diploma dalam bidang perakaunan ? Sedangkan ramai sudah di antara kita mempunyai Ijazah..Masih adakah tempat lagi untuk pelajar yang berstatus Diploma??? Usah gentar... Kerana anda masih lagi mempunyai tempat untuk menjawat jawatan Penolong Akauntan Gred w27 di bidang kerjaan mahupun swasta.
Penolong Akauntan Gred w27.
Tahukah anda, jika anda menjawat jawatan Penolong Akauntan Gred w27 anda boleh mendapat gaji minimum dengan bermula daripada RM1300 ? Ini adalah berita baik untuk anda. Jika anda "Fresh Graduate", anda tidak perlu lagi risau tentang gaji. Lebih-lebih lagi jawatan Penolong Akauntan Gred w27 adalah di dalam sektor kerajaan. Klik sini untuk informasi lebih tentang jawatan Penolong Akauntan Gred w27.
Walaubagaimanapun, sebelum merangkul jawatan Penolong Akauntan Gred w27. Anda perlu menghadapi Peperiksan Penolong Akauntan Gred w27 yang di adakan setiap tahun. Usah gentar. Memang banyak tempat kosong yang ditawarkan. Tetapi anda tetap perlu bersedia. Kerana ramai juga yang memohon jawatan ini.
Antara tugas Akauntan ialah
- Menjalankan penyiasatan kewangan, melaksanakan audit, menyediakan laporan, dan memberikan nasihat tentang perkara seperti penipuan yang disyaki, ketidakmampuan membayar, kebankrapan, pencantuman, pembiayaan modal serta pembelian dan penjualan perniagaan;
- Menyediakan atau melaporkan ramalan keuntungan dan belanjawan; Menyediakan kos projek dan analisis risiko;
- Menyediakan penyata cukai, memberikan khidmat nasihat tentang masalah percukaian dan mempertahankan tuntutan yang dipertikaikan di hadapan pegawai cukai;
- Mengenal pasti bahagian pengurangan kos dan mencadangkan langkah penjimatan/kawalan kos;
- Menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan berkanun atau badan lain;
- Memberikan nasihat, merancang, dan melaksanakan dasar dan sistem belanjawan, kawalan akaun dan perakaunan lain;
- Bertindak sebagai ejen pembubaran dalam perkara berhubung dengan kebankrapan dan percukaian.
Klik sini - Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan GredW27
